Wednesday, July 6, 2011
Tuesday, July 5, 2011
BARISAN KEPEMIMPINAN PPIWP SESI 2011/2012
Alhamdulillah, pada 2 Julai 2011 bersamaan 30 Rejab 1432H, PPIWP telah menganjurkan Muktamar Sanawi kali ke-2 bertempat di Sri Al-Huda, Gombak. Muktamar Sanawi PPIWP kali ini telah diadakan bersama Muktamar Sanawi Jemaah Wilayah Persekutuan (WADAHWP-ABIMWP-PPIWP).
Berikut merupakan barisan kepemimpinan PPIWP bagi sesi 2011/2012:
NAIB PRESIDEN 1
Untuk makluman semua, sebanyak 5 jawatan baru telah diperkenalkan iaitu Naib Presiden 1 (Kaderisasi), Naib Presiden 2 (Tarbiyyah), Penolong S.U 1 dan Penolong S.U 2, dan Penolong Bendahari.
Semoga dengan barisan kepemimpinan yang terbaru ini dapat mengemudi bahtera PPIWP dalam menjayakan agenda membina tamadun Khayra Ummah dan mengekalkan momentum sebagai sebuah gerakan tahriiri-tanwiiri-taghyiiri.
"Ukhuwwah, Ilmu & Akhlak"
Wednesday, December 29, 2010
Sambutan Tahun Baru 2011 di KLCC, Ayuh!

JEJAK BELIA METROPOLITAN
(Tamrin Marahil)
Sempena Sambutan Tahun Baru 2011
Tarikh:
31 Disember 2010 - 1 Januari 2011
Tempat:
Masjid Asy-Syakirin KLCC, Kuala Lumpur
Anjuran & Kerjasama:
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Masjid Asy-Syakirin, KLCC
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD)
Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP)
Skuad Prihatin ABIM
Objektif Program:
· Mendedahkan senario semasa rakan sebaya dan pengaruh.
· Mendedah persekitaran sosial bersama rakan sebaya
· Menyedia ruang interaksi dan cambahan pemikiran tentang senario melibatkan rakan sebaya dan proses sosialisasi
· Mencadangkan alternatif kepada rakan sebaya dalam pengaruh sosialisasi rakan remaja dan belia lain.
Daftar segera! Tempat terhad!
Namun, penyertaan masih dibuka!
Segala urusan berkaitan pendaftaran atau sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat PKPIM Pusat: 016- 2209520 (pkpim_spp@yahoo.com) atau Saudara Fazril Saleh: 013-2775313 (fazrilsaleh@gmail.com).
Untuk pra-pendaftaran, sila sms butiran anda dengan cara taipkan [nama institusi]
“HIDUP BIAR BERJASA”
………………………………………………………………………………
*tentatif peogram seperti di bawah
31hb Disember 2010 (Jumaat)
10:30 pagi – 3:00 petang : Kempen Derma Darah
12:00 t.hari – 2:30 petang : Tazkirah Khas Sempena Sambutan Ambang
2011
Oleh : Ust. Jaafar Muahammad (Abu Faiz)
Solat Jumaat
2:30 - 4:30 petang : Jejak Belia Metropolitan
2:30 – 3:00 petang : Pendaftaran
3:00 -4:00 petang : Pengisian khas untuk Sukarelawan
4:00 – 4:30 petang : Pelancaran Sambutan 40 Tahun ABIM
“Memimpin Belia Islam”
Oleh: Presiden ABIM
4:30 – 5:00 petang : Solat Asar
5:30 – 6:45 petang : Taklimat Modus Operandi & Operasi
6:45 petang- 9:15 malam : Makan Malam
Solat Isya’
9:15- 10:30 malam : Forum Sambutan Ambang 2011
10:30 malam- 1 pagi : Operasi Skuad Jejak Belia
12:00 – 12:30 pagi : Pertunjukan Bunga Api
1hb Januari 2011 (Sabtu)
3:30 pagi
5:45 pagi
Sdr. Jufitri Joha
7:00 pagi
9:00 pagi – 12:00 t.hari : Skuad Jejak Belia
- Membelah Hutan KLCC/
- Perbincangan hasil kajiselidik
- Rumusan Operasi Skuad Jejak Belia
& Pembentangan Kumpulan
12:00 t.hari-1:30 petang : Majlis Perasmian Penutup
Sambutan Ambang 2011
Makan Tengah hari/ Solat Zohor/ Bersurai
Wednesday, November 24, 2010
Workshop on Muslim Minority
Bengkel ini dihadiri lebih 30 orang terdiri daripada anak muda wakil negara Malaysia,Bangladesh,Thailand,dan Kemboja memberi fokus perbincangan kepada isu penindasan rakyat di Sri Lanka.
2 orang wakil Minority Rights Group International (MRGI) berasal dari Sri Lanka dan menetap di UK telah membentangkan hal ehwal minoriti Muslim di Sri Lanka.
Ramai yang tidak tahu di Sri Lanka terdapat sekitar 8 peratus Muslim di Sri Lanka termasuk keturunan Melayu Sri Lanka yang berasal dari Tanah Melayu@Malaysia-Indonesia.
Wakil MRGI menceritakan keadaan sebelum dan selepas konflik perang yang meletus di Sri Lanka. Walaupun keadaan konflik sudah mulai reda, namun masih wujud pelbagai masalah seperti isu perkauman, diskriminasi agama, halangan terhadap kebebasan beragama, tidak toleran dan semua penindasan ini melibatkan kaum minoriti Muslim dan juga bukan Muslim di Sri Lanka.
Penceramah menimbulkan persoalan mengapa negara yang mempunyai bilangan Muslim majoriti seperti Malaysia, Indonesia, Arab Saudi, Bangladesh dan lain-lain tidak serius membantu Muslim minoriti khasnya di Sri Lanka.Tumpuan yang diberikan kepada isu Palestin jangan sampai melupakan nasib minoriti di tempat lain seperti di Sri Lanka. Ada yang membantu sekadar kutipan derma bantuan namun tidak mempunyai program khusus dan berterusan untuk mengeluarkan minoriti Muslim dan bukan Muslim ini dari kemelut kemiskinan dan penindasan. Muslim Sri Lanka sedikit terkilan dan kecewa dengan Muslim di negara-negara lain yang kelihatan seolah-olah tidak menyokong dan membantu mereka.
Muslim di Sri Lanka menurut penceramah umpama ‘sandwich’ hidup dalam keadaan terhimpit dan hidup dalam keadaan sangat daif dan miskin. Pasca Tsunami juga menyaksikan masih ramai yang tinggal di rumah kayu-pokok sehingga kini dan tidak mendapat bantuan zakat serta pelbagai masalah berkaitan pemilikan tanah, rumah penempatan dan sekolah.
Wujud juga ancaman dari kumpulan militant, Tamil Tiger-LTTE yang terlibat dalam keganasan,pembersihan etnik dan juga bom berani mati.
Mengikut penceramah juga seorang editor akhbar terkenal di Sri Lanka telah mati ditembak kerana mendedahkan kekejaman regim penguasa Sri Lanka dan penindasan yang berlaku dan selepas pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku menyebabkan ramai yang takut dan tidak berani menyuarakan pandangan dan memperjuangkan keadilan.
2 perkara utama yang ditekankan oleh penceramah ialah hak muslim Sri Lanka yang mahu kembali ke kampung halaman mereka pasca perang dan isu pemilikan tanah yang masih tidak memihak kepada minoriti Muslim.

