Connect With Us

Texts

Terbuka untuk semua pelajar-pelajar Islam yang berasal dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. PPIWP ditubuhkan atas dasar menyatupadukan semua pelajar-pelajar Islam yang berasal dari Wilayah Persekutuan. Atas dasar itu, aktiviti dan pembangunan pelajar di dalam Wilayah Persekutuan akan lebih tersusun dan fokus.

PPIWP bakal menjadi Badan Gabungan Negeri (BGN) baru di bawah naungan PKPIM, Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan Majlis Persidangan Belia Wilayah Persekutuan.

Instructions

PPIWP

728x15 Ads

Page List

Blogger Tips

Download

Subscribe to ppiwp

Powered by us.groups.yahoo.com

Blogger Themes

Pages

Powered By Blogger

Recomended

Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Social Icons

Popular Posts

Followers

Popular Posts

Featured Posts

Wednesday, November 24, 2010

Workshop on Muslim Minority

PKPIM-ABIM dengan kerjasama Minority Rights Group International (MRGI) yang berpusat di London, UK telah mengadakan Workshop On Muslim Minority pada hari Sabtu 20 November 2010 bertempat di Kolej Dar Al Hikmah, Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Bengkel ini dihadiri lebih 30 orang terdiri daripada anak muda wakil negara Malaysia,Bangladesh,Thailand,dan Kemboja memberi fokus perbincangan kepada isu penindasan rakyat di Sri Lanka.

2 orang wakil Minority Rights Group International (MRGI) berasal dari Sri Lanka dan menetap di UK telah membentangkan hal ehwal minoriti Muslim di Sri Lanka.

Ramai yang tidak tahu di Sri Lanka terdapat sekitar 8 peratus Muslim di Sri Lanka termasuk keturunan Melayu Sri Lanka yang berasal dari Tanah Melayu@Malaysia-Indonesia.

Wakil MRGI menceritakan keadaan sebelum dan selepas konflik perang yang meletus di Sri Lanka. Walaupun keadaan konflik sudah mulai reda, namun masih wujud pelbagai masalah seperti isu perkauman, diskriminasi agama, halangan terhadap kebebasan beragama, tidak toleran dan semua penindasan ini melibatkan kaum minoriti Muslim dan juga bukan Muslim di Sri Lanka.

Penceramah menimbulkan persoalan mengapa negara yang mempunyai bilangan Muslim majoriti seperti Malaysia, Indonesia, Arab Saudi, Bangladesh dan lain-lain tidak serius membantu Muslim minoriti khasnya di Sri Lanka.Tumpuan yang diberikan kepada isu Palestin jangan sampai melupakan nasib minoriti di tempat lain seperti di Sri Lanka. Ada yang membantu sekadar kutipan derma bantuan namun tidak mempunyai program khusus dan berterusan untuk mengeluarkan minoriti Muslim dan bukan Muslim ini dari kemelut kemiskinan dan penindasan. Muslim Sri Lanka sedikit terkilan dan kecewa dengan Muslim di negara-negara lain yang kelihatan seolah-olah tidak menyokong dan membantu mereka.

Muslim di Sri Lanka menurut penceramah umpama ‘sandwich’ hidup dalam keadaan terhimpit dan hidup dalam keadaan sangat daif dan miskin. Pasca Tsunami juga menyaksikan masih ramai yang tinggal di rumah kayu-pokok sehingga kini dan tidak mendapat bantuan zakat serta pelbagai masalah berkaitan pemilikan tanah, rumah penempatan dan sekolah.

Wujud juga ancaman dari kumpulan militant, Tamil Tiger-LTTE yang terlibat dalam keganasan,pembersihan etnik dan juga bom berani mati.

Mengikut penceramah juga seorang editor akhbar terkenal di Sri Lanka telah mati ditembak kerana mendedahkan kekejaman regim penguasa Sri Lanka dan penindasan yang berlaku dan selepas pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku menyebabkan ramai yang takut dan tidak berani menyuarakan pandangan dan memperjuangkan keadilan.

2 perkara utama yang ditekankan oleh penceramah ialah hak muslim Sri Lanka yang mahu kembali ke kampung halaman mereka pasca perang dan isu pemilikan tanah yang masih tidak memihak kepada minoriti Muslim.


Oleh: Wan Ahmad Wasif Wan Mohammad

Read More