Connect With Us

Texts

Terbuka untuk semua pelajar-pelajar Islam yang berasal dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. PPIWP ditubuhkan atas dasar menyatupadukan semua pelajar-pelajar Islam yang berasal dari Wilayah Persekutuan. Atas dasar itu, aktiviti dan pembangunan pelajar di dalam Wilayah Persekutuan akan lebih tersusun dan fokus.

PPIWP bakal menjadi Badan Gabungan Negeri (BGN) baru di bawah naungan PKPIM, Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan Majlis Persidangan Belia Wilayah Persekutuan.

Instructions

PPIWP

728x15 Ads

Page List

Blogger Tips

Download

Subscribe to ppiwp

Powered by us.groups.yahoo.com

Blogger Themes

Pages

Powered By Blogger

Recomended

Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Social Icons

Popular Posts

Followers

Popular Posts

Featured Posts

Friday, December 4, 2009

Seminar Sehari Pengukuhan Pandangan Alam Islam

Dalam menghadapi kegentingan masalah masyarakat Islam dalam pelbagai bidang dewasa ini, satu usaha yang terencana dan teliti bagi merungkai masalah tersebut amat diperlukan. Oleh sebab itu, segala penyelesaian yang ingin dilakukan haruslah bermula dengan usaha memperbetulkan cara berfikir masyarakat Islam terutama yang berhubung dengan unsur-unsur penting yang membentuk alam pemikiran mereka.

Bertitik tolak dari kesedaran tentang pentingnya usaha tersebut satu seminar sehari pengukuhan Pandangan Alam Islam akan dianjurkan oleh Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Institut Integriti Malaysia.

Yuran

Seminar DAN Syarahan Perdana:
Umum : RM100 seorang
Pelajar : RM35 seorang

Syarahan Perdana SAHAJA:
Umum : RM50 seorang
Pelajar : RM20 seorang
Aturcara Program (tentatif)
9.00 – 10.30 pagi:
- Perasmian oleh Tetamu Kehormat
- Ucap Utama oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, UKM
Tajuk: Pengukuhan Pandangan Alam Islam Di Kalangan Masyarakat Islam Kini: Cabaran dan Harapan

11.00 – 1.00 ptg: Sidang Pertama
- Pembentang:
1. Dr. Mohd Zaidi Ismail, IKIM
Tajuk: Faham Ilmu Dalam Islam: Satu Pengenalan Ringkas
2. Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, UIAM
Tajuk: Makna dan Matlamat Agama dalam Islam

2.00 – 3.30 ptg: Sidang Kedua
- Pembentang:
1. Dr. Mohd Sani Badron, IKIM
Tajuk: Adab dan Ta’dib sebagai Asas Pendidikan Islam
2. Dr. Adi Setia Mohd Dom, UIAM
Tajuk: Islam dan Falsafah Sains

3.45 - 5.30 ptg: Sidang Tiga
- Pembentang:
1. Dr. Khalif Muammar, UKM
Tajuk: Pandangan Islam terhadap Tradisi dan Kemodenan
2. Dr. Wan Azhar Wan Ahmad, IKIM
Tajuk: Islam dan Cabaran Sekularisasi dan Pembaratan

5.30 - 8.30: Rehat

9.00 – 11.00 mlm:
- Syarahan Perdana
Oleh: Professor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas
"Reviving The Worldview of Islam: Internal and External Challenges"

Untuk urusan pertanyaan dan pendaftaran, sila berhubung terus dengan:
Abdul Muntaqim (019-8285019) atau,
hantarkan e-mail ke alamat:
seminar.hakim@gmail.com
Read More

Monday, October 26, 2009

S.P.I.E.S

PROGRAM S.P.I.E.S BELIA.

Program ini adalah merupakan inisiatif kerajaan Negeri Selangor untuk melahirkan belia yang berpotensi untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Program S.P.I.E.S Belia yang dibuka kepada semua belia di Selangor yang berusia di antara 18 hingga 35 tahun ini bermatlamat untuk membangunakan lima aspek kecerdasan secara seimbang iaitu Kecerdasan Spiritual, Fizikal, Intelek, Emosional dan Sosial. Program akan diadakan seperti berikut:-

TARIKH : 31/10/09 – 1/11/09 (Sabtu dan Ahad)
MASA : 8:00 pagi (Sabtu) – 5:00 petang (Ahad)
TEMPAT : Pantai Remis,Kuala Selangor
YURAN :
Percuma

Segala bayaran pengangkutan, penginapan dan makanan sepanjang program ini diadakan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai program ini, tuan/puan bolehlah menghubungi kami di talian 019 624 1965 (Nora).

Semua peserta diminta menunggu bas yang disediakan pada jam 8:00 pagi 31/10/09 (Sabtu) di UIA Gombak (dekat roundabout di tangga Firaun) atau di hadapan Pusat Khidmat Rakyat DUN Batu Caves di alamat No. 13A-1, Tkt 1, Jalan Amanah Mulia 3, Taman Amanah Mulia, Bt Caves.. Bas akan membawa peserta ke Warisan Sembilang Training Center di Pantai Remis, Kuala Selangor. Bas akan membawa semua peserta pulang dan dijangka bertolak dari Pantai Remis pada jam 3:00 petang.

Bersama ini dilampirkan aturcara program. Sila bawa pakaian sukan dan pakaian yang bersesuaian bagi keperluan di sepanjang program. Sekian, terima kasih.


JADUAL PROGRAM S.P.I.E.S BELIA

MASA

HARI SABTU (31/10/09)

HARI AHAD (1/11/09)

4.45 am


Qiamullail

5.45 am


Solat Subuh Berjemaah

6.30 am


Kuliah Subuh

7.30 am


Senaman Pagi di Pantai

8.00 am

Menaiki Bas

Sarapan Pagi

9.30 am

Pendaftaran

Modul 4 : Wajah Kehidupan

10:00 am

Taklimat S.P.I.E.S

Ice Breaking

10.30 am

Minum Pagi

Minum Pagi

11.00 am

Modul 1 : Kembara Alam

Modul 5 : Program Pembangunan S.P.I.E.S

1:00 tgh

Makan Tengahari, Check in

Solat Zohor Berjemaah

Makan Tengahari

Solat Zohor Berjemaah

2.00 pm

Modul 2 : Kembara Diri & Mengenali Potensi Diri

Modul 5 sambungan : Program Pembangunan S.P.I.E.S

Majlis Penutup

5.00pm

Minum Petang

Solat Asar Berjemaah


5.30 pm

Xplorace


6.30pm

Makan Malam


7.30pm

Solat Magrib

Solat Ishak Berjemaah


9.00pm

Modul 3 : Halangan Yang Membatasi Potensi


10:30 pm

Minum Malam dan Rehat


Read More

Thursday, September 3, 2009

Usrah & Iftar di Pusat Asasi UIAM Nilai

Walaupun diuji (enjin mati di tengah jalan pulang ke Gombak), kami akan teruskan memberi inshaAllah... [Hidup Biar Berjasa!]

Adik-adik, istiqamahlah antum semua... Barakallahufikum

Apalah yang Iqmal buat pada Wafi tu... Aduh!

Pelukan Kasih sebelum berangkat pulang ke Gombak...

Ayuhlah para mujahid!

Ayuhlah para mujahidah!
Alhamdulillah... Masih diberi kesempatan dan kekuatan untuk meneruskan da'wah ila Allah.

Usrah di Nilai berkisar tentang "Ramadhan & Mahasiswa" membawa ahli-ahli PPIWP bermuhasabah akan tingkatan amalan.

Juga disertai beberapa pimpinan PKPIM Nilai, antaranya Adik Wan Fadhilah (Timb. Amirah), Adik Syed Putra Iqmal (Amir), Adik Afiqah (KPIJ) dan beberapa adik-adik PEPIAS.

Alhamdulillah. Moga tautan ukhuwwah berlandaskan yang haq dan berpaksikan kalimah "La ilaha illa ALLAH, Muhammad Rasul ALLAH" terus mekar mewangi dihiasi rasa taqwa dan sabar. Moga kita semua istiqamah.

Rasulullah S.A.W bersabda;

"Amalan yg di sukai adalah sedikit tapi istiqamah(tetap) dari melakukan yang banyak tetapi tidak istiqamah(tetap)"

Allahu'a'lam...
The Zikr: Dunia Baru Islam

Masih basah kenangan indah

Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah

Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah
Agar terbangun
Dunia Baru Islam
Read More

Sunday, August 23, 2009

DI BAWAH MENDUNG USRAH

Saya tidak pernah ingat saat pertama, hari pertama, saya mengucap dua kalimah syahadah; tidak pula pernah ingat bilakah saya pertama kali mendirikan sembahyang. Tetapi saya masih terbayang-bayang kali pertama terlibat dengan usrah – pintu masuk ke dunia aktivisme dakwah.

Hari itu, di surau sekolah pada suatu petang, ketika saya di Tingkatan Tiga, seorang teman mengundang saya menyertai diskusi tentang Islam. Tanpa mengetahui atau mengesyaki apa-apa, saya malu alah pergi juga – dan dengan tergagap-gagap berkata sesuatu tentang teks yang dibincangkan itu. Seingat saya ada lagi beberapa pelajar senior – seorang dua masih berbekas dalam ingatan saya tetapi kini entah di mana mereka saya tidak pasti.

Bukunya tidak lain tidak bukan Maza Ya’ni Intimai al-Islam atau bahasa Melayu, Apa Ertinya Saya Menganut Islam karangan Fathi Yakan. Buku ini masih disebut-sebut dan dikagumi orang, hairan entah kenapa ia boleh menjadi semacam bible atau Das Capital-nya usrah.

Tentulah teks seberat itu, di hari pertama usrah umum, sesiapa sahaja akan tergagap-gagap. Tetapi saya gugup bukan kerana besar atau kompleksnya teks itu tetapi kerana memang tidak mudah rupa-rupanya untuk bercakap di depan ramai orang – apatah lagi mereka sedang memerhatikan kita, menunggu lontaran buah-buah fikiran kita atau sedang membaca di mana kelemahan jalan fikir kita agar mudahlah proses indoktrinasi dijalankan kemudian.

Ya, tentunya senang menyebut “proses indoktrinasi” sekarang, selepas 24 tahun peristiwa berusrah saya tinggalkan. Tetapi saat itu, sebagai budak mentah berusia 15 tahun yang bakal menduduki SRP, saya berdepan dengan Islam seperti seorang Melayu yang sudah sebati dengan agamanya sebagai sebahagian budaya dan sistem sosial di sekelilingnya. Islam sebagai agama yang perlu dipelajari dan dihayati. Bukan Islam, atau anutannya, sebagai bahan kritik seperti saya melihatnya saat ini.

Perkenalan pertama itu dengan Fathi Yakan menghanyutkan saya dalam buah-buah fikirannya, termasuk Generasi Muda dan Perubahan (Asy-Syabab wa Taghyir), Bagaimana Menyeru Kepada Islam (Kaifa Nad’u ilal Islam) atau Masalah Dakwah dan Pendakwah (Musykilatul Dakwah wa Da’iah).

Selain Dr Fathi Osman dengan majalah Arabia-nya, yang saya kenali selepas tahu membaca teks Inggeris, barangkali nama pena saya kini tercipta gara-gara kekaguman pada Fathi Yakan – saya dipropagandakan beliau sebagai seorang jurutera tetapi fasih dengan pengetahuan agama dan seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin.

Tidak semua pelajar senior yang bergiat bersama usrah waktu itu saya ingat hingga kini tetapi semua teman Tingkatan Tiga yang kekal berusrah sehingga Tingkatan Lima di sebuah sekolah berasrama penuh di negeri asal saya masih berbekas dalam ingatan. Dan masih akrab walaupun jauh – seperti jauhnya lagu Zainal Abidin dalam album Hijau. Waktu itu darah muda, idealisme dan semangat membuak-buak, keghairahan membaca dan mendalami agama melalui usrah sayangnya tidak dipandukan oleh seorang guru, atau ustaz, yang sistematik. Jadi, usrah kami waktu itu sering menjadi diskusi di kalangan teman-teman ini, selain berbekalkan kuliah agama, kaset ceramah dan perkongsian (juga perdebatan) tentang agama dan politik nasional (juga gerakan pelajar Islam) era 1983-85.

Tidak sama dengan teman-teman seangkatan kami di sekolah-sekolah berasrama penuh lain – waktu itu menjadi sasaran utama gerakan IRC selepas ABIM mulai melemah gara-gara kemasukan Anwar Ibrahim dalam Umno, manakala PAS pula belum membuka sayap pelajarnya tersendiri – yang dibimbing oleh seseorang guru yang mengajar di sekolah mereka sendiri, kami berhubung dengan beberapa teman dalam ABIM Terengganu.

Khabarnya ABIM Terengganu saat itu berjaya disusupi oleh anasir-anasir IRC untuk memanjangkan perjuangan ala Ikhwanul Muslimin mereka. Entahlah, begitulah saya dimaklumlah dan begitulah debat (sebetulnya persaingan dan perebutan pengaruh) yang berlangsung pada tahun-tahun seterusnya sehingga saya meninggalkan dunia pelajar dan kemahasiswaan, penghujung 1991.

Sama ada tersengih, tersipu atau berdendam, hakikatnya dunia dakwah yang kami kenali dalam tempoh itu – dalam semua pergerakan Islam, termasuk PAS – dunia hingusan dan “syok sendiri” yang dipam masuk oleh kenyataan dan analisa teman-teman yang lebih senior. Dua puluh tahun saya melihat ke belakang, ternyata benar juga kenapa orang muda awal-awal menyokong Hitler dan anak-anak mentah satu-satunya kelompok manusia yang masih setia kepadanya pada jam-jam terakhir rebahnya pemimpin Nazi itu.

Barang kali apa yang tercatat dalam Generasi Muda dan Perubahan ada benarnya di sana-sini atau, dengan ungkapan lain, kalau kita ingin menyesatkan sesuatu masyarakat, sesatlah generasi mudanya!

Tidaklah ingin saya membayangkan usrah itu sama dengan Hitlerisme atau kesesatan. Tetapi strategi mengepung fikiran pengikut, mengepam mereka dengan yang muluk-muluk, menanam dogma ke dalam fikiran mereka, mengapung perasaan “syok sendiri” dalam semangat kekitaan jemaah Islam – dalam imbasan saya saat ini, sewaktu usia sudah menjangka 39 tahun – tidak jauh bezanya dengan Hitlerisme atau kediktatoran di mana-mana jua, di zaman apa pun.

Dan tentunya sewaktu kita berada di tengah-tengah khayalannya kita tidak mungkin menyedari betapa buruknya ia berkembang dan betapa kejinya ia diizinkan berkembang.

Hakikatnya, saat ini, saya menyedari semua kepungan fikiran rupa-rupanya sejenis jenayah kemanusiaan yang maha besar – barangkali seumpama genocide di Rwanda atau Balkan, cuma bezanya dua tragedi ini menzahirkan mayat-mayat bergelimpangan; usrah menyembunyikan mayat, sebaliknya melahirkan zombie!

Saya tidak kecewa dengan usrah, jangan salah faham. Saya menikmati setiap saat dan ketika bersama usrah, teman-teman dan aktivisme pelajar dakwah. Ia banyak mengajar dan mematangkan. Kurang lebih 10 tahun, ia ibarat kem latihan yang ketat, padat dan menggetarkan idealisme. Ia menyeret saya ke sebuah dunia aktivisme (dengan khayalnya tersendiri) hingga saat-saat menulis catatan ini.

Kritik di atas tadi sebetulnya dalam konteks sistem berfikir aktivis Islam (dan kini mungkin aktivis politik, orang seni, intelektual dan NGO juga) vis a vis tanggapan mereka tentang dunia, perubahan sosial dan dunia kecil mereka. Pengalaman bersama usrah dengan putih, kelabu dan hitamnya sendiri ibarat sebuah kampus awal untuk meneroka dunia dewasa yang lebih mencabar – tetapi, pastilah, semua pengalaman itu harus diproses kembali untuk dijadikan teladan atau sempadan.

Entah mengapa dan bagaimana, idealisme pada saya menjadi bahan bakar pemberontakan pula. Memberontak pada idealisme yang kaku, tohor dan tidak memuaskan kedahagaan cendekia. Memberontak pada dinding kaca – kemilau di luar, terpenjara di dalam. Jadi, di celah-celah retak kaca itu tenaga pemberontakan saya mengalir di penghujung 1980-an dan diasah awal 1990-an, khususnya sewaktu mengendalikan majalah Perspektif terbitan JIM. Dan, pastilah bukan saya sendirian, semua teman yang kritikal akan mengalami “krisis ini”.

Dan celakanya separuh kedua dekad 1980-an membuka lebar retak-retak idealisme itu apabila semua gerakan Islam – di kampus khususnya, termasuk luar negara – bercakaran sesama sendiri, termasuklah melupakan segala adab dan idealisme Tuhan yang mereka agung-agungkan itu. Sebagai makhluk kritikal, saya berusaha sekuat mungkin untuk berdiri di pinggir perang besar itu.

Dan, jika dirujuk teman-teman lama, saya kira saya berjaya berdiri sebagai by-stander, bukan pahlawan-pahlawan perang antara jemaah. Rekod saya – sepanjang perang ini, dan sepanjang era usrah – kalau mahu dibanggakan boleh disebut “bersih”, kalaupun enggan disebut “cemerlang.” Saya tidak menyimpan rekod itu, teman-teman yang menyimpannya dan merekalah yang berhak menilainya.

Dan mungkin sikap itu terbawa-bawa hingga kini dalam aktivisme menentang kuasa politik dan sistem karut yang ditimpakan ke atas kita semua; sikap untuk menentang “musuh bersama”, musuh utama dan terbesar, yang tercokol di depan kita semua dengan melupakan, atau meremehkan, titik bengik yang melingkari kiri kanan kedewasaan aktivisme.


[ii]
Mungkin (ulang: mungkin) manusia paling bodoh itu manusia yang tidak rancak berfikir. Yang kedua terbodoh, manusia yang tidak membaca buku, sementara tempat ketiga jatuhnya kepada manusia yang tidak luas pergaulan dan beragam diskusinya. Dan ketiga-tiganya ada pada manusia usrah dan jemaah Islam yang saya kenali!

Jika gejala ini sejenis paradoks – beginilah paradoks, satu-satunya, yang berjaya saya cungkil sepanjang 10 tahun berusrah dan bergerak dalam gerakan pelajar dakwah; dan selebihnya politik kepembangkangan, kewartawanan dan aktivisme era Reformasi 1998-99. Dan lebih parah daripada segala paradoks ini, keyakinan kita untuk menyebarkan dan melaung-laungkan kebodohan kita di depan masyarakat dengan rasa penuh yakin dan bangga!

Tidak lama selepas karya-karya Fathi Yakan, saya diperkenalkan pula dengan karya-karya al-Maududi (khususnya Fundamentals of Islam atau edisi terjemahan serpihannya, Iman, Islam, Jihad), Hassan al-Banna (Usul 20 dan Dakwah Kita), Syed Qutb (Petunjuk Sepanjang Jalan, Keadilan Sosial dalam Islam atau sebahagian Fi Zilalil Quran), Yusuf Qardhawi (Problema Kemiskinan), Muhammad Qutb (Salah Faham Terhadap Islam), Mustafa Masyhur (Petunjuk Sepanjang Jalan Dakwah), Said Hawwa (Risalah Ufuk Ta’lim atau terjemahan Jundullah: Thaqafatan wa Akhlakan) dan juga Abu Urwah (Risalah Usrah edisi pertama), selain makalah-makalah terbitan persatuan-persatuan mahasiswa universiti, termasuk PMUTM sewaktu Ahmad Lutfi Othman memegang jawatan setiausaha agungnya.

Kalaulah saya mengadakan usrah hari ini, saya haramkan buku-buku ini kepada anak-anak usrah saya.

Mereka sepatutnya membaca Syed Hussein Alatas (Intelektual Masyarakat Membangun atau Sosiologi Korupsi), Goenawan Mohamad (siri Catatan Pinggir), John Stuart Mill (On Liberty), George Orwell (Nineteen Eighty Four), Jean Paul Sartre (The Age of Reason), Alvin Toffler (Future Shock atau Third Wave), Majid Fakhry (A History of Islamic Philosophy), Bertrand Russell (A History of Western Philosophy), Friedrich August Hayek (The Counter-Revolution of Science: Studies on the Abuse of Reason), Seyyed Hossein Nasr (Science and Civilization in Islam atau Traditional Islam in the Modern World), Osman Bakar (Classification of Knowledge in Islam), Shaharir Mohammad Zain (Simbiosis antara Sistem Nilai dengan Tabii Matematik), Syed Naguib al-Attas (Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu) dan beberapa karya tokoh pemikir dan ahli politik tempatan. Mungkin buku Dr Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah, boleh dibaca dan relevan untuk “usrah baru” saya nanti.

Mungkin, selepas sekian lama berusrah, anak didik saya ini akan terkhayal dengan bahan-bahan diskusi yang ditelaah mereka dan mula berlagak sebagai “intelektual muda” dengan istilah-istilah ganjil dan “moden” untuk menakut-nakutkan sasaran sembang mereka. Tetapi, lebih baiklah berlagak dengan gaya ini daripada tidak sedar diri menjual kalimah-kalimah orang Arab, sesekali memetik al-Quran atau hadis, yang sudah basi dan tidak relevan dengan zaman dan geografi kita!

Kalau mahu jenama import, pastikan yang bermutu dan tahan lama.


[iii]
Jika kita selongkar usrah dan tinggalkan rangka diskusinya, di beberapa sisi, usrah tidak ubah sembang warung atau kelas tutorial di kampus. Mungkin elemen kerohaniannya masih relevan dan perlu tetapi, isu yang bergelut dalam benak saya selama ini, kenapa dinamika diskusi – yang seharusnya rancak, beragam, pelbagai hala, dan kritikal – boleh menjadi medan pembekuan, penggelapan dan kesehalaan manusia jemaah Islam?

Salah naqib atau naqibah? Atau salah teks usrah? Atau sesi kerohanian yang bersifat tradisional dan “menyeramkan” jiwa? Atau, memang ahli-ahli usrah itu asalnya "manusia terbuang", berasal dari kampung dan mempunyai low self-esteem, yang tidak berbakat – lalu mereka menjadikan usrah, serta gerakan Islam, tempat melarikan diri daripada ketewasan sosial?

Kenapa usrah melahirkan “sejenis manusia” tertentu – yang berjarak dengan manusia di sekeliling mereka? Dan apakah penyebab yang menjadi mereka “sejenis manusia” tertentu dan apakah faktor yang mendorong penjelmaan paradigma kumpulan seumpama itu – apakah ia diakibatkan oleh tarbiyyah Islamiah yang mereka alami, dengan versi-versi Islam haraki tertentu, atau mereka sendiri yang membentuk usrah dan gerakan Islam sedemikian rupa?

Di saat-saat saya mula bertindak merenung kembali persoalan ini, sewaktu masih lagi terlibat dengan program-program usrah dan aktivisme pelajar dakwah antara 1986-91, saya telah cuba menjawabnya dalam beberapa tulisan dan cuba menawarkan pemecahan masalahnya – khususnya bulan-bulan terakhir saya meninggalkan ITM Arau. Saya sediakan beberapa sukatan usrah, teks rujukan dan beberapa analisa politik kampus yang membolehkan positioning dan re-branding beberapa kelompok usrah gerakan pelajar dakwah, yang dekat dengan saya (tentunya!), dalam konteks ini yang ada hubungannya dengan IRC atau kini boleh disebut JIM.

Kerana kebetulan waktu itu, sejak di sekolah hingga ke kampus, usrah dan gerakan usrah kami yang bersifat “bawah tanah” tidak pernah mempunyai tapak yang kukuh dan mantap – tidak seperti kumpulan siswa IRC di beberapa universiti lain atau gerakan pelajar bawah sayap PAS dan ABIM yang mempunyai payung organisasi, dan sifat politik, yang jelas dan besar. Mungkin, sifat pergerakan IRC atau JIM, yang lebih junior berbanding dua organisasi itu menjadikan usrah kami seumpama itu. Entahlah, saya tidak mempunyai jawapan tentang itu semua.

Jadi, pendewasaan saya dengan Islam dan gerakan Islam, bukanlah semata-mata kesan ketundukan saya pada idealisme kelompok tetapi pertarungan (atau pemberontakan?) yang berterusan untuk memperbaiki keadaan yang, saya fikir, tidak sesuai dengan persekitaran dan cabaran yang melingkungi gerakan Islam dan idealisme mereka.

Artikel-artikel yang muncul kemudian, khususnya awal 1990-an, berkisar pada persoalan tersebut, persoalan yang saya geluti sepanjang dekad kedua 1980-an. Tentunya, ada nada keras dan geram akan tertonjol dalam catatan-catatan tersebut kerana penulis berdepan dengan sekumpulan besar manusia yang tidak mempedulikan kritikan.

Saya masih ingat artikel saya tentang ketaksuban pada "Ikhwanisme", yang terbit di majalah Dunia Islam (sekarang sudah tidak beroperasi), mengundang amarah teman-teman senior di kampung.

Yang mereka, seperti kerajaan atau parti pemerintah, fikirkan hanyalah memanjangkan hegemoni mereka dan melanjutkan paradigma mereka – sehingga selepas sekian lama meninggalkan usrah, saya dapat rasakan betapa meluasnya paradigma itu (yang berbau keislaman) telah tersebar dalam masyarakat kita, seolah-olahnya semua mereka pernah menyertai usrah!

Tradisi, organisasi, konvensi atau birokrasi memanglah sejenis gergasi gendut yang sukar berubah atau diubah. Ia sukar menyesuaikan diri kecuali di ruang-ruang yang menguntungkannya. Ia boleh menukar wajah dan slogannya tetapi mengekalkan intipati ajarannya yang membebalkan – “bebal” pada istilah seseorang yang mengkritiknya!


[iv]
Tidak lama selepas Saari Sungib, atau Abu Urwah, dibebaskan daripada tahanan ISA pada pertengahan 2003, saya diundang berceramah secara tertutup bersamanya di dua tempat – satu di Shah Alam di kalangan ahli JIM yang boleh saya katakan kelas menengah dan profesional; satu lagi di Bangi di kalangan mahasiswa.

Dan sekali lagi, igauan ngeri saya tentang usrah, aktivisme dakwah dan gerakan Islam singgah di benak saya ketika itu dan beberapa ketika selepas pertemuan itu.

“Igauan ngeri” saya katakan kerana pertemuan itu membongkar (sekali lagi!) kritikan-kritikan lama saya tentang kelemahan, kedangkalan dan kesempitan manusia usrah walaupun mereka itu datangnya daripada kelas menengah, sebahagiannya mungkin boleh berbahasa Inggeris dan bergaul dengan manusia profesional dengan bermacam-macam latar belakang, yang seharusnya mempunyai analisa atau maklumat jelas tentang pergolakan zaman ini – spirit of the age atau zeitgeist.

Oh, tidak! Ia seperti kembali ke penjara gelap apabila mendengar pertanyaan-pertanyaan mereka dan juga analisa-analisa yang dibentangkan kepada kami berdua. Terus-terang, saya tidak sabar berdepan dengan kelompok manusia seumpama ini dan saya bukanlah guru yang baik untuk mendidik orang-orang tua yang telah jauh disesatkan oleh usrah, aktivisme dakwah dan gerakan Islam. Saya kira (ulang: kira) untuk bersembang di warung sekali pun saya sudah tidak sabar lagi – ia begitu menjemukan, berpura-pura, saduran dan plastik (dengan maksud, tidak real).

Barangkali penyakit “manusia usrah” ini bukanlah sepenuhnya gejala yang ditimbulkan daripada indoktrinasi program mingguan itu dan kegiatan-kegiatan susulan dalam gerakan dakwah. Mudah untuk disebut, “manusia usrah” ini gejala yang kompleks – dengan simpang perenangnya di luar lingkungan tersebut.

Sekali imbas, manusia usrah ini “manusia Melayu”, “manusia muslim” dan “manusia Malaysia” dengan segala kemelayuannya, kemuslimannya dan kemalaysiaannya – merojakkan segala kelemahan Melayu, muslim dan Malaysia (3M?) dalam satu pinggan yang dinamakan usrah, aktivisme dakwah dan gerakan Islam. Semua daki-daki kotor 3M itu gagal dicucikan, dipalitkan pula dengan indoktrinasi usrah yang dibaurkan dengan teori perubahan sosial ala gerakan Islam.

Mungkin 3M inilah matriks usrah yang mudah kita bicarakan. Pierre Bourdieu, dalam bukunya Language and Symbolic Power (2001) membawa rumusan ini, [(pembentukan diri)(modal)] + (medan) = amalan atau [(habitus)(capital)] + (field) = practice.

Mungkin memerlukan kajian mendalam, dari pengamal usrah sendiri, untuk membedah siasat gejala tersebut yang telah melahirkan – pada tanggapan saya – “manusia usrah” dengan segala keburukan 3M.


[v]
Ketika bertugas di ibu pejabat JIM awal 1990-an, waktu itu belum berpindah ke pejabat sekarang di Taman Melawati, saya perasan tidak ramai anggota pertubuhan ini aktif atau jika aktif, tidak berbakat untuk kerja-kerja sosial; sebahagian besar – akibat usrah, saya fikir – ingin menjadi “manusia baik” sahaja.

Baik pada diri sendiri, pada orang tua mereka atau pada keluarga kecil mereka. “Baik” dengan erti kata dormant, tidak bernas dan tidak membiak. “Baik” dengan erti kata dapat membetulkan bacaan al-Quran mengikut tajwid, dapat menghafal beberapa kalimah al-Quran dan beberapa hadis, dapat mengutip pesan-pesan daripada para pemimpin dan buku teks dakwah, dapat menuturkan beberapa patah Arab – sekadar cukup membezakan, bukan mengayakan, pengalaman hidup sendiri dengan masyarakat di sekelilingnya.

Mungkin kata “dormant” di sini lebih sopan daripada ungkapan “manusia tidak berguna” dalam buku Syed Hussein Alatas, Intelektual Masyarakat Membangun. Jika usrah boleh disebut “dosa”, mungkin inilah satu daripada dosa-dosanya – melahirkan manusia “tidak berguna”, selain mendangkalkan manusia dalam kelemasan ideologi yang dinamakan “Islam haraki.”

Beberapa teman senior, waktu itu, yang lebih lama berusrah di luar negeri ketika di alam kuliah masing-masing mengemukakan “teori” bahawa gejala dormant yang sama juga merebak dalam ABIM dan PAS. Kata mereka, lebih kurang 10 peratus sahaja ahli JIM dan organisasi-organisasi tersebut aktif – mengesahkan lagi pemerhatian saya sepanjang terlibat dengan gerakan pelajar dan mahasiswa.

Jadi sewaktu diberitahu gerakan Islam sekarang makin sukar mencari pemimpin pelapis mereka, baik dalam PAS, ABIM atau JIM – saya tidaklah hairan. Malah, rungutan saya sejak hampir dua dekad lalu, itulah kebimbangan saya. Tetapi sebagai “gergasi gendut”, gerakan Islam memang sukar bergerak dan tenggelam punca di zaman manakah ia bertapak dan di bawah langit mana pula ia menggapai.

Kadang-kadang saya terfikir, apa yang dinamakan “usrah” tidak lebih daripada tempat pembuangan manusia yang tidak berbakat, yang tewas waktu usia remaja daripada perkumpulan sosial yang rancak, terbuka dan “social” – tidaklah pula bermakna manusia yang “social” itu berbakat dan berpengetahuan!

Jadi, di sini, timbul sekali lagi paradoks usrah: Apakah yang dilakukan oleh ruang diskusi ini sehingga proses tarbiyyah itu gagal memberi erti baru kepada manusia, ketika remaja dan belia mereka, selain memperkenalkan mereka kepada beberapa akar budaya mereka yang sangat asasi – menarik mereka kembali kepada al-Quran dan ibadat khusus?

Saya tidak mengetahui apa makna usrah kepada mereka yang masih aktif berusrah hari ini atau sedang asyik diperkenalkan dengan pertemuan mingguan itu. Tetapi bagi saya, usrah itu satu mimpi ngeri yang tidak terluahkan dengan kata-kata…

Oleh:
Fathi Aris Omar
Editor Malaysiakini

Sumber:
Mohd Norezham Che Ali
PKPIM-UIAM Kuantan
Read More

Saturday, August 22, 2009

PKPIM: 5 DASAWARSA (1961-2011)


PKPIM: 5 Dasawarsa menceritakan sejarah pembangunan dan gagasan idealisme PKPIM sepanjang 5o tahun penubuhannya dalam persada da'wah dan generasi muda.

Naskhah ini boleh didapati dengan harga RM22.90. Kepada yang berminat untuk memiliki, boleh hubungi Saudari Lina Mursyidah di talian: 013-6282505.

Read More

Selepas MPAT-48

Presiden : Muhammad Faisal Bin Abdul Aziz

Timbalan Presiden : Mohd Akmal Afiq Bin Mohamad

Naib Presiden (Kebangsaan) : Hasnul Haniff Bin Harun

Naib Presiden (Antarabangsa) : Abu Qassim Bin Nor Azmi

Naib Presiden (Hal Ehwal Siswi) : Nor Akmariah Binti Abdullah

Setiausaha Agung : Khairul Anuar Bin Musa

Bendahari Kehormat : Nur Syafafwati Binti Mohd Shahimi

1. Timb. Pengerusi Hal Ehwal Siswi 1

Sh. Sumayyah Binti Syed Malick

2. Timb. Pengerusi Hal Ehwal Siswi 2

Nur Izzah Khanani Binti Mohd. Musleh

3. Pen. Setiausaha Agung 1

Mohd. Shahril Effendi Bin Mohd. Yunus

4. Pen. Setiausaha Agung 2

Fatin Nur Majdina Binti Nordin

5. Bendahari Kehormat

Nur Syafafwati Binti Mohd. Shahimi

6. Pen. Bendahari

Lina Mursyidah Binti Hamzah

7. Exco Dakwah & Tarbiyyah

Mohamad Fazril Bin Salleh

8. Exco Dakwah & Tarbiyyah

Aemy Elyani Mat Zain

9. Exco Dakwah & Tarbiyyah

Siti Nur Sakinah Binti Ahmad Budiman

10. Exco Latihan & Pembangunan

Azizan Bin Ajiji

11. Exco Latihan & Pembangunan

Nurul Shahirah Binti Abd Jamil

12. Exco Pendidikan & Penyelidikan

Wan Mohamad Wasif Bin Wan Mohamad

13. Exco Pendidikan & Penyelidikan

Muhammad Safwan Bin Mohd. Noor Azmi

14. Exco Sekretariat Perhubungan Antarabangsa (SPEKTRA)

Hafidz Hakimi Bin Haron

15. Exco Dokumentasi & Penerbitan

Mohd Shazni Bin Abdullah

16. Exco Penerangan

Ahmad Fahmi Bin Mohd Shamsudin

17. Exco Generasi Muda Prihatin (GEMPA)

Adibah Binti Ali

Read More

Inter-civilizational Youth Engagement Program 2009 (IYEP3)

THEME: "Ethics and the Global Economic Crisis: Pointers for the Future"

Humankind is facing one of the gravest economic crises in the last one hundred years. What are the main causes of this crisis? How is it related to moral values and ethical principles? What are the strengths and weaknesses of existing economic systems when it comes to resolving the current global economic crisis? How can young people in particular help to find solutions which will ensure a sustainable, equitable economy that will serve the interests of the vast majority of humankind in the world of tomorrow?

iyepl3ogo

It is because the crisis has a profound bearing upon the youth that we have made it the theme of our IYEP this time. We want young people themselves to provide new, creative ideas on how we can overcome the crisis and what sort of economy and society they would like to see in the future.

The 5 day workshop

The event is to be organised as a Global CafĂ© workshop. Each workshop will focus on one of the areas outlined below with the final day’s event being a culmination of the outcomes of all 4 days.

The Causes of the Global Economic Crisis.

What are the primary causes of the crisis? Was the sub-prime mortgage crisis a symptom or the cause of the crisis? How did financial deregulation contribute to the crisis? What is the connection between the de-linking of the gold standard and the dollar and the present crisis? To what extent is the present crisis a repudiation of market based economics? Or, is it a defeat for neo-liberal capitalism? Has the global economic crisis exposed the inherent flaws in capitalism itself?

Ethics and the Crisis.

The global economic crisis has been described widely as a crisis that reveals the potency of greed and selfishness in present-day economic practices and institutions. Is this true? How did greed --- a common human failing --- become institutionalised and legitimised in both the national and the global economy? What is the impact, and what are the consequences, of greed as a social vice for the vast majority of the human family? How has the economy reinforced self-centredness or selfishness as a trait? What are the spiritual and moral values that have been eroded by dominant, conventional economic norms?

Reflections on Prevailing Economic Philosophies and Systems

Having examined the weaknesses in the capitalist system, let us now ask: what are the strengths in that system and in its underlying philosophy? How has capitalism evolved over the centuries? What are the dominant forms of capitalism prevalent today and what are their strengths and weaknesses? Are they relevant at all in the search for solutions to the present crisis? What positive role can socialism play in the current global economic crisis? What are the strengths and weaknesses of the different forms of socialism that have evolved since the second half of the nineteenth century? What led to the decline of socialism and socialist systems in the last 30 years? What were the positive and negative characteristics of societies and economies inspired by religious ideals in past centuries? What has been the track record of contemporary efforts to establish societies and economies on the basis of religious principles and practices? Would religion be able to help humankind overcome the present global economic crisis?

Pointers for the Future.

What are the important steps that should be taken today to ensure that a global economic crisis of the magnitude we are facing today will not recur in the future? What are some of the new global structures and some of the new global and national policies that should be put in place in order to ensure sustainable, viable national and global economies in the future? How would the positive elements from capitalism, socialism and religion contribute towards this new economic order? What would be the role of a universal spiritual-moral vision of social justice and human dignity in sustaining this new order? How can the youth of the world help to shape a new global economy guided by this universal spiritual-moral vision?


The Agenda

Day 1:

  • Speaker 1: Introduction to the Global Economic Crisis
  • Speaker 2: Introduction to Causes of the Global Economic Crisis
  • Discussion

Day 2:

  • Speaker 3: Introduction to Ethics and the Crisis.
  • Discussion

Day 3:

  • Speaker 4: Introduction to Economic Philosophies and Systems
  • Discussion
  • Evening Public Debate (Tentative)

Day 4:

  • Speaker 5 : Introduction to Alternatives for the Future
  • Discussion
  • Day 5 : Presentation of various groups’ discussions
  • End.

It would be ideal to have participants from different continents and economic systems.
During the discussions by the participants, the resource person (speaker) in the relevant subject area should be present for the group to ask questions and get information they may require for their deliberations.

Outcome

The workshop hopes for a number of outcomes which will encourage and inspire the youth of today to participate actively in shaping the economic future of their respective societies and indeed, the destiny of the human family as a whole.

  1. News and analyses of the workshop on websites, blogs and other such channels of communication.
  2. Establishment of networks amongst like-minded youth groups in different parts of the world.
  3. Public campaigning on specific concerns related to the global economy.
Read More

IYEP3

3rd Inter-civilizational Youth Engagement Program (IYEP3)
Ethics and the Global Economic Crisis: Pointers for the Future
22- 26 November 2009
Kuala Lumpur , MALAYSIA

Application Instructions

Who can apply
• Young scholars, NGO workers, Peace and Human Rights activists, youth leaders,
researchers, who are active in civilizational dialogue, peace studies or interfaith programs.
Age 21-25.
• Preference will be shown to applicants who can demonstrate how this Program will directly
benefit them, their organization or academic institution in developing dialogue programs at
local, regional and/or international level.
• Proficiency in English is required. If you are accepted you will be required to participate fully
in the, discussions and role plays in English.
• Please do not apply if you do not have strong English skills.

How to apply
• By 31 August 2009, send completed application form, resume/CV, essay on your role in
the economic crisis, with a letter of recommendation and passport photo to:

IYEP3 Secretariat
International Movement for a Just World (JUST)
3 Jalan 11/9, Seksyen 11, 46200 Petaling Jaya
Selangor D.E., MALAYSIA
Tel: 6 03 7960 3207
Fax: 6 03 7960 3245
E-mail: justadmin@just-international.org

• This form may be submitted by post, or e-mail
• Applications will be acknowledged on receipt. Applicants will be notified of the outcome of
selection soon after the closing date.
• Participants are responsible for arranging and funding their round-trip travel from home
country to Malaysia. No request for financial support can be considered. Participants are
expected to seek financial support from their own organization and /or other foundations.

Registration Fee
There is no Registration Fee, the organisers will cover food, accommodation, transportation within Malaysia and all program materials.

APPLICATION CLOSING DATE: 31 August 2009

**Anyone interested in joining, please join our yahoogroup:
http://groups.yahoo.com/group/ppiwp/

Or you can always leave your email address, we'll get to you soon!:)
Read More