Connect With Us

Texts

Terbuka untuk semua pelajar-pelajar Islam yang berasal dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. PPIWP ditubuhkan atas dasar menyatupadukan semua pelajar-pelajar Islam yang berasal dari Wilayah Persekutuan. Atas dasar itu, aktiviti dan pembangunan pelajar di dalam Wilayah Persekutuan akan lebih tersusun dan fokus.

PPIWP bakal menjadi Badan Gabungan Negeri (BGN) baru di bawah naungan PKPIM, Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan Majlis Persidangan Belia Wilayah Persekutuan.

Instructions

PPIWP

728x15 Ads

Page List

Blogger Tips

Download

Subscribe to ppiwp

Powered by us.groups.yahoo.com

Blogger Themes

Pages

Powered By Blogger

Recomended

Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Social Icons

Popular Posts

Followers

Popular Posts

Featured Posts

Sunday, August 16, 2009

Jenayah Di Kalangan Pelajar Wnita Makin Membarah

Statistik dikalangan jenayah dikalangan pelajar perempuan amat membimbangkan sejak kebelakangan ini. Jika dahulu kita dikejutkan dengan perbuatan pelajar perempuan menendang guru, merokok, pergaulan bebas sehingga terjebak lebih jauh lagi kepada seks bebas atau berzina. Dan paling menyedihkan sehingga melahirkan anak luar nikah pada usia yang sangat muda.

Dan kini permasalahan jenayah serta salah laku pelajar perempuan semakin menghadapi tahap yang kronik yang kritikal di mana pelajar wanita sudah berani terlibat dengan penyalahgunaan dadah seperti yang dilaporkan akhbar Utusan Malaysia semalam. Di mana, seorang pelajar perempuan tingkatan satu adalah antara 15 yang ditahan kerana positif dadah dalam satu operasi bersepadu di Plaza Tol Jalan Duta malam semalam. Remaja berusia 13 tahun itu ditahan bersama-sama teman lelakinya yang berusia 20 tahun setelah ujian air kencing mendapati kedua-dua mereka positif dadah jenis syabu.

Apakah akar permasalahan remaja atau pelajar perempuan di Malaysia sekarang? Adakah sistem pendidikan kita tidak relevan atau rapuh dalam melahirkan pelajar perempuan yang beradab serta mempunyai jatidiri yang mulia dan disegani. Sebagai persatuan pelajar yang bersifat kebangsaan, Majlis HEWI PKPIM memandang perkara ini perlu ditangani dengan segera dan bijaksana. Kerjasama dari semua pihak, ibu bapa, guru-guru serta kementerian serta pertubuhan yang bertanggungjawab perlulah bersama-sama memainkan peranan masing-masing.

Pendidikan awal dari rumah khususnya membentuk peribadi pelajar ini perlulah dibentuk sebaiknya, pendidikan di sekolah, matrikulasi serta di peringkat universiti perlu diperkasakan dari segi penerapan nilai-nilai murni kehidupan insani. Falsafah pendidikan perlulah difahami serta dihadami oleh semua pihak secara maknawinya bukan hanya dari istilahinya. Pendidikan ini bukanlah mengajar atau memberi maklumat semata-mata tetapi mendidik, mengasuh dan memupuk seseorang itu sehingga benar-benar menjadi insan yang kamil. Benar, memanusiakan manusia atau menginsanikan insan bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Dengan itu, penelitian serta penambahbaikan sistem pendidikan kita khususnya pendidikan remaja perempuan dari pelbagai aspek. Antara aspek yang perlu ditekankan adalah dari segi emosi, intelek dan spiritual agar kita benar-benar mampu melainkan remaja wanita yang menjadi harapan negara, bangsa dan agama di masa akan datang seperti kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Sehubungan dengan itu, HEWI PKPIM berpendapat golongan generasi muda perlu dilibatkan bersama dalam menangani masalah yang melanda remaja perempuan ini. Berkemungkinan generasi sekarang memahami keperluan generasi sezamannya., jadi HEWI PKPIM merasakan perlunya penglibatan generasi muda dilibatkan bersama dalam memikirkan solusi yang terbaik bagi menangani permasalahan ini.

Selain itu, HEWI PKPIM berpendapat bahawa kita perlu memantapkan kembali institusi kekeluargaan yang kian rapuh serta makin luntur dari segi peranannya. Pendidikan kekeluargaan perlulah diterapkan sebelum perkahwinan lagi supaya pasangan yang bakal berkahwin dapat memahami tanggungjawab serta peranan mendidik anak-anak yang sebenarnya. Pemahaman serta ilmu kekeluargaan, menangani emosi dan masalah serta psikologi kanak-kanak dan remaja perlu manjadi teras-teras utama dalam pendidikan negara sama ada secara formal atau bukan formal.Pendidikan kekeluargaan ini bukan sahaja tertumpu pada wanita semata-mata tapi peranan lelaki juga perlu diperkasakan.


Justeru itu, HEWI PKPIM berpandangan sistem pendidikan kita sama ada secara formal atau tidak perlu diteliti semula serta diperkasakan dengan menitikberatkan soal-soal yang menjadi punca permasalahan pelajar sekarang terutamanya pelajar wanita.

Oleh,
Nor Akmariah Abdullah
Naib Presiden Hal Ehwal Siswi (HEWI)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

1 comments

Lukluk Baidoa August 17, 2009 at 9:09 AM

Salam elaik...

Dewasa ini berlaku banyak perkara di dalam dunia ini yang menjadi kebanggaan kaum hawa. Mereka dilihat semakin mendominasi institusi pendidikan peringkat tinggi dengan jumlah yang memasuki IPTA/IPTS diseluruh negara yang semakin ramai sehingga mangatasi kaum lelaki. Begitu juga dengan jumlah golongan itu yang menceburi bidang professional dan pelbagai sektor pekerjaan yang lain.

Penubuhan NGO2 yang membela nasib wanita berasaskan fahaman feminis melonjakkan nama kaum itu. Kaum hawa dilihat semakin agresif 'mengambil tempat' lelaki dalam dunia moden kini. Namun, dalam keghairahan itu berita kebelakangan ini telah sedikit sebanyak mencalar imej kaum hawa.

Berita berkenaan budak perempuan sekolah yang terlibat dengan jenayah kini dilihat semakin bercambah dengan capatnya bagai tumbuhnya cendawan. Akhlak remaja perempuan kini tidak lagi dilihat sopan, lemah-lembut, pemalu dan kaya dengan adat ketimuran. Tetapi yang jelasnya sekarang, mereka kini dilihat sebagai ganas, agresif, tidak tahu malu, kebaratan dan biadap. Tidak cukup dengan itu, mereka ini berani berzina serta terlibat dengan dadah! Apakah ini anak bangsaku? Apakah ini saudara seislamku? Tidak sanggup rasanya mengiyakan, tetapi itulah hakikat golongan muda masa kini.

Masalah sekarang bukanlah untuk menuding jari kepada siapa yang bersalah menyebabkan hal ini berlaku. Sememangnya hal ini adalah disebabkan peredaran zaman menuju ke hari kiamat.

Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik”;- (Riwayat Thabrani).

Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda: “Dunia ini tidak akan Qiamat selagi orang yang paling seronok ialah orang yang rosak akhlak anak kepada orang yang rosak akhlak.”;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 2/358.].

Pihak HEWI PKPIM berpendapat golongan generasi muda perlu dilibatkan bersama dalam menangani masalah yang melanda remaja perempuan ini.

Hal ini amat penting untuk menyediakan solusi terbaik. Sekarang tibalah masanya golongan muda diberi ruang untuk sama-sama menyelamatkan negara. Bukan sekadar diberi makan, program dan sebagainya tetapi lontaran idea, kerjasama dan ruang dalam membantu menangani penularan wabak jenayah pelajar wanita.

Insitusi kekeluargaan juga telah rapuh dengan kesibukan ibu bapa mencari rezeki dan membiarkan anak-anak mereka tidak mendapat pengawasan secukupnya.

Sabda Rasulullah s.a.w.: (Jika) Hari Kiamat telah hampir terjadi; tidak bertambah manusia kecuali loba (rakus akan harta benda), dan mereka tidak bertambah dekat kepada Allah, kecuali akan menambah jauh dari Allah ( dari ajaran agama);- (Riwayat Thabrani)

Marilah sama-sama berganding bahu untuk menangani masalah ini. Ayuh anak muda, kita selamatkan saudara kita dari terus binasa...!

Ayuh, jangan tunggu "Batu di Pahat". Kita sendiri mesti sedar bahawa tanggungjawab kita juga tiang negara... bukan harapan semata-mata.

-Mashitah Zainol Abidin-
PPIWP cawangan Terengganu
Pelajar Pengajian Islam (Al-Quran & Al-Sunnah)
Universiti Darul Iman Malaysia

Post a Comment