Connect With Us

Texts

Terbuka untuk semua pelajar-pelajar Islam yang berasal dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. PPIWP ditubuhkan atas dasar menyatupadukan semua pelajar-pelajar Islam yang berasal dari Wilayah Persekutuan. Atas dasar itu, aktiviti dan pembangunan pelajar di dalam Wilayah Persekutuan akan lebih tersusun dan fokus.

PPIWP bakal menjadi Badan Gabungan Negeri (BGN) baru di bawah naungan PKPIM, Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan Majlis Persidangan Belia Wilayah Persekutuan.

Instructions

PPIWP

728x15 Ads

Page List

Blogger Tips

Download

Subscribe to ppiwp

Powered by us.groups.yahoo.com

Blogger Themes

Pages

Powered By Blogger

Recomended

Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Social Icons

Popular Posts

Followers

Popular Posts

Featured Posts

Tuesday, May 4, 2010

PKPIM Anjur Forum "KEADILAN UNTUK ADIK AMINULRASYID"


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH) akan menganjurkan Forum “Keadilan Untuk Adik Aminulrasyid” pada 4 Mei 2010 iaitu pada hari Selasa pukul 8.00 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH), Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.

Tujuan forum ini diadakan adalah sebagai platform untuk menjawab persoalan-persoalan yang belum terungkai di samping memahami isu ini dengan lebih mendalam khususnya dalam aspek hak asasi manusia dan perundangan. Selain itu, penganjuran forum ini juga adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat sivil sebagai pendukung hak asasi rakyat secara umum dengan menitikberatkan peranan mereka yang sememangnya penting dalam usaha memastikan masyarakat terus konsisten menyedari akan hak asasi yang dimiliki mereka.

Dalam pada itu, Forum “Keadilan untuk adik Aminulrasyid” ini akan menampilkan tiga orang panel jemputan. Mereka adalah N. Surendran selaku peguam untuk keluarga adik Aminulrasyid, Raja Badrol Hisham merangkap pensyarah Undang-undang Prosedur Jenayah, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), dan Wong Chin Huat dari Civil Rights Committee. Sementara itu, forum yang akan dipengerusikan oleh Presiden PKPIM Muhammad Faisal Abdul Aziz juga akan dimulakan dengan bacaan puisi “Jeritan Senja September” oleh Sasterawan Negara, Dato A. Samad Said.

Sehubungan dengan itu, pihak PKPIM menjemput kepada semua pihak khususnya golongan mahasiswa untuk hadir beramai-ramai dalam forum berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni yang dijalankan ini untuk memastikan keadilan dan ketelusan ditegakkan khusunya dalam siasatan yang akan dilakukan oleh pihak polis.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM juga mengharapkan semoga kehadiran seluruh anggota masyarakat dapat menjayakan objektif forum yang akan dijalankan tersebut untuk menjana tenaga mahasiswa dan masyarakat sebagai pendukung hak asasi rakyat di samping melahirkan sebuah masyarakat yang mengambil peduli tentang isu yang berlaku ini.


KENYATAAN MEDIA

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

27 April 2010/ 12 Jamadil Awwal 1431 H

PKPIM LANCAR KEMPEN “KEADILAN UNTUK ADIK AMINULRASYID”

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada kes seorang pelajar yang bernama Aminulrasyid Hamzah yang berusia 15 tahun yang dilaporkan mati ditembak oleh anggota polis peronda dalam satu insiden di Shah Alam awal pagi semalam.

PKPIM berpandangan pihak polis tidak wajar melepaskan tembakan ke atas pelajar berkenaan memandangkan pelajar tersebut bukan dalam keadaan yang membahayakan. Sebaliknya, pihak polis masih boleh menggunakan pelbagai cara untuk memastikan pelajar terbabit menyerah diri.

Tambahan pula, mangsa terbabit masih dikategorikan dalam lingkungan bawah umur dan masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam. Maka, bagi PKPIM kes pembunuhan yang trajis ini adalah sesuatu yang mengejutkan dan tidak seharusnya berlaku.

Ekoran itu, sebagai persatuan yang memayungi seluruh pelajar Islam di Malaysia. PKPIM atas rasa tanggungjawab telah melancarkan kempen “Keadilan Untuk Aminulrasyid” melalui kumpulan facebook sebagai suatu anjakan kesedaran kepada seluruh masyarakat untuk menuntut keadilan terhadap kematian seorang pelajar ini.

Kempen yang bergerak melalui kumpulan facebook “Keadilan Untuk Adik Aminulrasyid” ini juga bertujuan untuk menghimpunkan seramai mungkin anggota masyarakat yang prihatin terhadap keluarga mangsa berkenaan. Maka, menerusi suara ini kita akan mendesak agar pihak polis serius dan mengutamakan keadilan dalam melakukan siasatan terhadap insiden yang memalukan ini agar insiden yang sama tidak berulang akibat dari kecuaian pihak polis.

Dalam perkembangan berkaitan, kita juga akan menuntut agar pihak yang berkaitan khususnya media bersifat telus dalam melaporkan setiap siasatan polis kepada orang ramai.

MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ

Presiden,

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

0 comments

Post a Comment