Connect With Us

Texts

Terbuka untuk semua pelajar-pelajar Islam yang berasal dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. PPIWP ditubuhkan atas dasar menyatupadukan semua pelajar-pelajar Islam yang berasal dari Wilayah Persekutuan. Atas dasar itu, aktiviti dan pembangunan pelajar di dalam Wilayah Persekutuan akan lebih tersusun dan fokus.

PPIWP bakal menjadi Badan Gabungan Negeri (BGN) baru di bawah naungan PKPIM, Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan Majlis Persidangan Belia Wilayah Persekutuan.

Instructions

PPIWP

728x15 Ads

Page List

Blogger Tips

Download

Subscribe to ppiwp

Powered by us.groups.yahoo.com

Blogger Themes

Pages

Powered By Blogger

Recomended

Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Social Icons

Popular Posts

Followers

Popular Posts

Featured Posts

Friday, April 23, 2010

Buang Bayi




Harapan Tanpa Suara

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu S.Atan
Lirik Habsah Hassan

RESOLUSI PERSIDANGAN MEJA BULAT ISU BAUNG BAYI:

Sebagai seorang individu / persatuan dan sebagai ahli masyarakat, adalah menjadi tanggungjawab dengan penuh kesedaran bahawa isu pembuangan bayi merupakan salah satu kesan daripada permasalahan generasi muda hari ini. Justeru, beberapa langkah dan tindakan yang boleh diambil oleh kita adalah:

1)Melaksanakan program-program kesedaran baik yang berskala besar mahupun berskala kecil mengenai isu pembuangan bayi atau gejala sosial terutamanya dalam konteks dan faktor yang menyumbang kepada pembuangan bayi atau gejala sosial.

2)Bersedia membantu mana-mana NGO-NGO yang telah sedia ada produk-produk kesedaran untuk diimplementsi di ruang teritori atau kawasan masyarakat masing-masing.

3)Memperbanyakkan program-program pembangunan remaja dan belia untuk lelaki dan wanita, yang bersifat mission oriented (jangka masa panjang) dan bukan bersifat program oriented atau bukan bersifat ‘touch and go’ dalam usaha melahirkan generasi muda mempunyai jati diri muslim yang kukuh, menjadikan ilmu sebagai keutamaan tertinggi dan mempunyai pegangan agama yang kukuh dari sumber yang benar dan sahih

4) Memperkasa dengan penuh komitmen siri-siri kuliah yang dapat memperbetulkan dan memperkukuhkan pandangan hidup Islam sebagai seorang Muslim yang disasarkan kepada golongan muda dan masyarakat. Peri pentingnya pandangan hidup Islam dilihat sebagai asas tindakan dan keputusan dalam hidup.


5)Memberi kesedaran peri pentingnya ilmu sebagai keutamaan tertinggi dalam diri Muslim dan masyarakat Muslim.

6)Memperkasa dan mengukuhkan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai ‘qudwah hasanah’ dan ikatan kita dalam segenap aspek kehidupan.

7)Memperkukuhkan hubungan dan jaringan yang rapat dengan JKM, LPPKN atau mana-mana badan atau agensi kerajaan yang boleh memberi manfaat kepada kelangsungan usaha menangani isu pembuangan bayi.

8)Mencadangkan satu pertemuan drastic dengan ‘religious leader’sebagai perbincangan awal dalam menangani isu ini.

9)Mencadangkan pertemuan drastic dengan pemimpin Negara khususnya menunjukkan sokongan kepada usaha-usaha kerajaan (menggesa penggubal dan pelaksana), memberi cadangan berkaitan isu pendidikan seks, pertemuan dengan kementerian pelajaran dan Pengajian Tinggi Malaysia.

10)Menubuhkan kumpulan Teras Wanita Islam yang dianggotai oleh NGO-NGO Islam

11)Mengadakan pertemuan dengan Dato’ Shahrizat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan tokoh-tokoh ilmuwan bagi berbincang berkenaan isu ini.

12)Pertemuan dan perbincangan yang serius dalam kalangan NGO Islam yang akhirnya akan wujudkan persefahaman dan kesatuan tindakan dalam menyediakan system sokongan untuk isu ini.









Allahu'alam

0 comments

Post a Comment