Connect With Us

Texts

Terbuka untuk semua pelajar-pelajar Islam yang berasal dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. PPIWP ditubuhkan atas dasar menyatupadukan semua pelajar-pelajar Islam yang berasal dari Wilayah Persekutuan. Atas dasar itu, aktiviti dan pembangunan pelajar di dalam Wilayah Persekutuan akan lebih tersusun dan fokus.

PPIWP bakal menjadi Badan Gabungan Negeri (BGN) baru di bawah naungan PKPIM, Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan Majlis Persidangan Belia Wilayah Persekutuan.

Instructions

PPIWP

728x15 Ads

Page List

Blogger Tips

Download

Subscribe to ppiwp

Powered by us.groups.yahoo.com

Blogger Themes

Pages

Powered By Blogger

Recomended

Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Social Icons

Popular Posts

Followers

Popular Posts

Featured Posts

Sunday, May 9, 2010

Invitation to: International Conference "WORLD WAR II AND THE RISE OF MULTILATERALISM"

Read More

Tuesday, May 4, 2010

PKPIM Anjur Forum "KEADILAN UNTUK ADIK AMINULRASYID"


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH) akan menganjurkan Forum “Keadilan Untuk Adik Aminulrasyid” pada 4 Mei 2010 iaitu pada hari Selasa pukul 8.00 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH), Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.

Tujuan forum ini diadakan adalah sebagai platform untuk menjawab persoalan-persoalan yang belum terungkai di samping memahami isu ini dengan lebih mendalam khususnya dalam aspek hak asasi manusia dan perundangan. Selain itu, penganjuran forum ini juga adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat sivil sebagai pendukung hak asasi rakyat secara umum dengan menitikberatkan peranan mereka yang sememangnya penting dalam usaha memastikan masyarakat terus konsisten menyedari akan hak asasi yang dimiliki mereka.

Dalam pada itu, Forum “Keadilan untuk adik Aminulrasyid” ini akan menampilkan tiga orang panel jemputan. Mereka adalah N. Surendran selaku peguam untuk keluarga adik Aminulrasyid, Raja Badrol Hisham merangkap pensyarah Undang-undang Prosedur Jenayah, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), dan Wong Chin Huat dari Civil Rights Committee. Sementara itu, forum yang akan dipengerusikan oleh Presiden PKPIM Muhammad Faisal Abdul Aziz juga akan dimulakan dengan bacaan puisi “Jeritan Senja September” oleh Sasterawan Negara, Dato A. Samad Said.

Sehubungan dengan itu, pihak PKPIM menjemput kepada semua pihak khususnya golongan mahasiswa untuk hadir beramai-ramai dalam forum berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni yang dijalankan ini untuk memastikan keadilan dan ketelusan ditegakkan khusunya dalam siasatan yang akan dilakukan oleh pihak polis.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM juga mengharapkan semoga kehadiran seluruh anggota masyarakat dapat menjayakan objektif forum yang akan dijalankan tersebut untuk menjana tenaga mahasiswa dan masyarakat sebagai pendukung hak asasi rakyat di samping melahirkan sebuah masyarakat yang mengambil peduli tentang isu yang berlaku ini.


KENYATAAN MEDIA

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

27 April 2010/ 12 Jamadil Awwal 1431 H

PKPIM LANCAR KEMPEN “KEADILAN UNTUK ADIK AMINULRASYID”

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada kes seorang pelajar yang bernama Aminulrasyid Hamzah yang berusia 15 tahun yang dilaporkan mati ditembak oleh anggota polis peronda dalam satu insiden di Shah Alam awal pagi semalam.

PKPIM berpandangan pihak polis tidak wajar melepaskan tembakan ke atas pelajar berkenaan memandangkan pelajar tersebut bukan dalam keadaan yang membahayakan. Sebaliknya, pihak polis masih boleh menggunakan pelbagai cara untuk memastikan pelajar terbabit menyerah diri.

Tambahan pula, mangsa terbabit masih dikategorikan dalam lingkungan bawah umur dan masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam. Maka, bagi PKPIM kes pembunuhan yang trajis ini adalah sesuatu yang mengejutkan dan tidak seharusnya berlaku.

Ekoran itu, sebagai persatuan yang memayungi seluruh pelajar Islam di Malaysia. PKPIM atas rasa tanggungjawab telah melancarkan kempen “Keadilan Untuk Aminulrasyid” melalui kumpulan facebook sebagai suatu anjakan kesedaran kepada seluruh masyarakat untuk menuntut keadilan terhadap kematian seorang pelajar ini.

Kempen yang bergerak melalui kumpulan facebook “Keadilan Untuk Adik Aminulrasyid” ini juga bertujuan untuk menghimpunkan seramai mungkin anggota masyarakat yang prihatin terhadap keluarga mangsa berkenaan. Maka, menerusi suara ini kita akan mendesak agar pihak polis serius dan mengutamakan keadilan dalam melakukan siasatan terhadap insiden yang memalukan ini agar insiden yang sama tidak berulang akibat dari kecuaian pihak polis.

Dalam perkembangan berkaitan, kita juga akan menuntut agar pihak yang berkaitan khususnya media bersifat telus dalam melaporkan setiap siasatan polis kepada orang ramai.

MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ

Presiden,

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Read More

Tamrin Qiyadi Kebangsaan PKPIM 2010 (TQK ‘10)

Tema : Memahami Garis-garis Besar Haluan Perjuangan.
Tarikh : 13 – 16 Mei 2010.
Bayaran : RM 20
Tempat : KB Chalet ,Kampung Baru(L), Ayer Tawar, Perak.
Peserta : Pimpinan PKPIM Pusat, BGN dan kampus.
Modul : Ceramah , bengkel dan praktikal. (Bengkel adalah berdasarkan tajuk ceramah)
Tugasan khas kepada semua peserta :
Semua pimpinan BGN dan kampus diminta untuk mengadakan ulangkaji tentang Ucapan Dasar Presiden ABIM ke-3. ( Koleksi Ucapan Dasar Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, “Mengangkat Martabat Ummah”)

(bertolak ke Perak pada Khamis,13 Mei 2010,10 malam. Berkumpul di Sekretariat PKPIM Pusat)

Tentatif Program:

13hb MEI 2010 (KHAMIS)

09.00 malam Berkumpul di perkarangan Sekretariat PKPIM Pusat
09.30 malam Taklimat sebelum bertolak
10.00 malam Bas bertolak ke Perak
01.30 pagi Tiba di Sekolah Rendah ABIM Manjung / rehat

14hb MEI 2010 (JUMAAT)

05.00 pagi Qiyam ul-lail, Solat Subuh, Tazkirah Subuh, zikir ma`thurat kubra
07.30 pagi Senam pagi
09.30 pagi Sarapan pagi, Solat Dhuha, Tetapan minda

10.30 pagi Latihan Dalam Kumpulan (1)– Taaruf

11.00 pagi Rehat

11.45 tghr Latihan Dalam Kumpulan (2) – menyingkap roh ‘Taadib Kepemudaan’ melalui
penghayatan Surah al-Hujurat

12.45 tghr Rehat dan makan tengahari
01.00 ptg Solat Jumaat & usrah umum slps Jumaat (muslimin),
Solat Zuhur & kuliyah Zuhur ringkas (muslimat)
02.oo ptg Bertolak ke KB Chalet.
03.00 ptg Ucaptama : “Memahami Garis-garis Besar Haluan Perjuangan”
oleh al-Fadhil Datuk Dr Siddiq Fadzil (Presiden WADAH / KDH)

05.00 ptg Minum petang, zikir ma`thurat sughra
05.30 ptg Riyadhah (kayak)
06.30 ptg Urus diri / Makan malam

07.15 mlm Solat Maghrib dan Isyak, tazkirah oleh Cikgu Suhaimi (YDP ABIM Perak)

09.15 mlm Sesi 1 - Pembinaan Syakhsiyah Islamiyah : Suatu Penilaian Terhadap Relevensi
Gagasan Taadib Kepemudaan dalam usaha menggerakkan dan memacu Gelombang Kedua Kebangkitan
Oleh Sdr. Razak Idris (Presiden ABIM) & Sdr Faisal Abd Aziz (Presiden PKPIM)

11.30 mlm Halaqah al-Mulk
12.00 mlm Bersurai dan rehat.

15hb JANUARI 2010 (SABTU)

05.00 pagi Qiyam ul-lail, Solat Subuh, Tazkirah Subuh, zikir ma`thurat kubra
07.30 pagi Senam pagi
08.30 pagi Sarapan pagi, Solat Dhuha

09.30 pagi Sesi 2 - Pembinaan Keluarga & Masyarakat
Oleh Pn Fadhlina Siddiq (Naib Presiden HELWA ABIM)
dan Dr Siti Dzulaikha (pakar perundangan & sivil)

11.30 pagi Rehat

12.00 tghr Sesi 3 – Pembinaan Daulah Islamiyah :
Mendokong Roh ‘Baldatun Toiyibatun wa Rabbun Ghafur’
Oleh Prof Dr Ridzuan Othman & Cikgu Azmi Abd Hamid

02.00 ptg Rehat dan makan tengahari

02.30 ptg Sesi 4 – Pengembalian Khilafah Islamiyah : Usaha Penyatuan Ummat atas
pangkuan Kalimah Tauhid
Oleh En Azzam Abd Rahman
(The United of NGO’s in Islamic World - UNIW)

04.30 ptg Solat Asar+Zohor, Kuliyah Asar Ringkas, Dzikir Maathurat
05.30 ptg Persediaan Latihan skil & praktikal (Gerakan Kempen Kesedaran - GKK)
06.30 ptg Bergerak ke masjid-masjid & surau-surau yg terbabit dlm GKK
07.00 mlm Solat Maghrib / GKK Terang (masjid & surau) / Solat Isyak / kaji selidik ringkas
10.30 mlm GKK Lapor – Laporan hasil kaji selidik / pelan tindakan untuk GKK Tindak
12.00 mlm Halaqah al-Mulk / Tazkirah Mimpi / rehat

16hb JANUARI 2010 (AHAD)

05.00 pagi Qiyam ul-lail, Solat Subuh, Tazkirah Subuh, zikir ma`thurat kubra
07.30 pagi Senam pagi
08.30 pagi Sarapan pagi, Solat Dhuha
09.00 pagi BENGKEL QIYADI 1
10.30 pagi Rehat
10.45 pagi BENGKEL QIYADI 2 – GKK Tindak
12.30 tghr Rehat dan makan tengahari / Solat Zuhur + Asar
02.30 ptg BENGKEL QIYADI 3
03.30 ptg BENGKEL QIYADI 4
04.30 ptg Majlis Penutup /Resolusi – Ikrar – Salam ukhuwah-mahabbah
05.30 ptg Persediaan pulang
06.00 ptg Bergerak pulang ke Ibu Kota
10.00 mlm Dijangka tiba di sekretariat PKPIM pusat

*kepada kampus dan BGN yang tidak berkesempatan untuk bertolak bersama-sama pada hari Khamis,tapi ingin bertolak pada hari Jumaat,harap dapat maklumkan dengan bilangan mereka dengan kadar segera. PKPIM Pusat amat berharap supaya semua pimpinan BGN dan Kampus dapat berpartisipasi dalam TQK kali ini.

Sekian, terima kasih
Read More