MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN (MPAT) PKPIM KE – 48 & KONGRES PELAJAR DAN PENEGASAN TERAS-TERAS KENEGARAAN
7-9 OGOS 2009 / 16 – 18 SYA’BAN 1430 HIJRAH
Assalamu'alaikum w.b.t.
Didoakan semoga saudara dan seluruh keluarga PKPIM berada dalam rahmat dan inayah Allah swt.
Pihak PKPIM Pusat berbesar hati menjemput
Dato'/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari
ke
Muktamar Agung PKPIM kali ke-48
i. Tema Muktamar :
a. "Menjana Generasi Peneraju Tamadun Khayra Ummah"
ii. Tempat Muktamar :
a. Wisma Belia, Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur.
iii. Pakaian Muktamar :
a. Jumaat (Malam Pengkisahan) : Bebas dan sopan
b. Sabtu (Konvensyen) : Lelaki; Baju formal berwarna biru dan sopan. Perempuan; baju kurung atau jubah biru
c. Ahad (Muktamar) : Baju melayu lengkap bersampin bagi lelaki dan berbaju kurung atau jubah labuh bagi perempuan berwarna hijau.
iv. Pengangkutan :
Pengangkutan awam terdekat : Monorel Tun Sambathan, Stesen Komuter Mid Valley. (Sebarang pertanyaan boleh menghubungi sekretariat MPAT) di talian 03-61842286 / 016-2209520 atau melalui emel mpatpkpim@yahoo.com.
Semoga kehadiran Dato'/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari akan menyerikan lagi Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM ke-48 ini.
Jazakumullahu Khairan Katheera.